hilang

aku kehilangan diri aku . aku tidak mengenal sapa diri aku sebenarnya . aku seperti orang lain . aku tidak tahu bagaimana hendak mcari diri ku yg telah hilang . hendak ku cari seluruh pelusuk dunia namun jika tidak ditemui apa yang hendak aku lakukan . jika bisa kembalikan diri aku kepada aku . jasad dan jiwa ku di sini tapi diri aku melayang-layang entah ke mana . tolong bagitahu aku di mana aku berdiri sekarang . adakah aku berdiri di alam yang nyata atau di alam yang aku impikan . aku tidak bisa mengerti apa yang aku ingin lakukan dalam kehidupan ini . aku buntu dengan diri aku sendiri . tolong sedarkan aku . tolong jeritkan nama ku supaya aku sedar dari mimpi yang tidak nyata . anda mungkin menyangka dunia aku sempurna . penuh dengan gelak ketawa namun disebalik semua ini ada rahsia kesedihan yang aku pendam kan . mungkin aku kelihatan bahagia namun aku sedang berkabung kerana kehilangan diri ku . siapa aku ? siapa marla ? siapa aku kepada anda ? aku tidak mengenal diri ku lagi . mungkinkah diri ku hilang ditelan hidup ku yang penuh pancaroba . hilang tanpa kesan . maaf kan aku jika aku telah melukai perasaan anda . beribu maaf aku ucap namun aku tahu maaf aku tiada makna . hanya lah perkataan yang mpunyai empat huruf dan tidak memberi apa-apa impak terhadap hidup anda . mungkin anda akan terfikir bahawa aku gila . ya , aku memang gila . gila kerana aku kehilangan diri ku . hilang .

No comments:

Post a Comment