*PENYESALAN dulu tika kau gumbira,kau lupa balasan akan perbuatan kau. kini kau terduduk bila karma berlaku. dulu kau tertawakan orang lain tapi kini orang membuat lawak bodoh atas kesedihan kau. kau menagih simpati,namun cacian yang kau dapat. terasa penyesalan di dalam dada. rasakan baji'ngan ! 
PERTENGKARAN. kedengaran di ruang segi empat tepat . bergema suara yang sedang melontarkan suara . lontaran suara yang tinggi bagaikan seorang penyanyi opera . dibalas dengan pekikan . pekikan yang menyakitkan hati . mengundang bahang di dada membuat hati semakin membara dengan kemarahan . kemarahan yang tak diundang . pekikan semakin nyaring . aku hanya mampu diam . diam membisu lidah ku kelu . tak mampu mengeluarkan sepatah perkataan . kata-kata yang mencabar di keluarkan . ruang di penuhi dengan kebencian dan perkataan maki hamun muncul . minda ku kosong . tak mampu hendak melakukan apa-apa . badan aku kaku . perlukan pertengkaran berlaku ? ingin ku menjerit namun siapa yang akan mendengar jeritan ku . ingin ku menangis namun air mata tak mampu hentikan semua ini . aku benci hidup begini . hidup dalam kepura-puraan . hidup yang bahagia di luar namun kebencian di dalam . *HENTIKAN PERTENGKARAN INI !!!

hilang

aku kehilangan diri aku . aku tidak mengenal sapa diri aku sebenarnya . aku seperti orang lain . aku tidak tahu bagaimana hendak mcari diri ku yg telah hilang . hendak ku cari seluruh pelusuk dunia namun jika tidak ditemui apa yang hendak aku lakukan . jika bisa kembalikan diri aku kepada aku . jasad dan jiwa ku di sini tapi diri aku melayang-layang entah ke mana . tolong bagitahu aku di mana aku berdiri sekarang . adakah aku berdiri di alam yang nyata atau di alam yang aku impikan . aku tidak bisa mengerti apa yang aku ingin lakukan dalam kehidupan ini . aku buntu dengan diri aku sendiri . tolong sedarkan aku . tolong jeritkan nama ku supaya aku sedar dari mimpi yang tidak nyata . anda mungkin menyangka dunia aku sempurna . penuh dengan gelak ketawa namun disebalik semua ini ada rahsia kesedihan yang aku pendam kan . mungkin aku kelihatan bahagia namun aku sedang berkabung kerana kehilangan diri ku . siapa aku ? siapa marla ? siapa aku kepada anda ? aku tidak mengenal diri ku lagi . mungkinkah diri ku hilang ditelan hidup ku yang penuh pancaroba . hilang tanpa kesan . maaf kan aku jika aku telah melukai perasaan anda . beribu maaf aku ucap namun aku tahu maaf aku tiada makna . hanya lah perkataan yang mpunyai empat huruf dan tidak memberi apa-apa impak terhadap hidup anda . mungkin anda akan terfikir bahawa aku gila . ya , aku memang gila . gila kerana aku kehilangan diri ku . hilang .